Sub Menu

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BETING BERAS BASAH

>> PENGENALAN


>> BUTIRAN PROJEK

>> BETING BERAS BASAH
>>> Lokasi
>>> Laungan Keramat di Beting Beras Basah
>>> Istiadat Pertabalan Sultan Perak
>>> Teluk Bakong
>>> Raja Ahmad

>> E-ALBUM

>> AKTIVITI

>> PAUTAN

 


Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"

 

PONTOH ULAR

PEDANG CURA SI MANJAKINI

 

Antara Alat Kebesaran Negeri Perak yang dibawa bersama-sama Sultan Muzaffar Shah I dari Negeri Melaka

Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapar belayar semula seperti sediakala.

Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.

Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan di
tabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

 

 
 
  © Copyright 2007 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK Design by SEMESRA_TEAM