Kaedah Perlombongan Pendahuluan Pengenalan Lokasi Kaedah Perlombongan Tebus Guna Tanah Aktiviti

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
DI DAERAH LARUT

PENDAHULUAN

Taiping terletak di daerah Larut. Nama asalnya ialah Kelian Pauh. Pada tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan perlombongan bijih timah. Kawasan ini sekitarnya telah menjadi kawasan perlombongan terkemuka ketika itu Apabila British menyusun semula pentadbiran di Larut nama Kelian Pauh ditukar kepada Taiping yang bermaksud " kedamaian yang abadi" dan telah berkembang menjadi sebuah Bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak. sebelum diambil alih oleh Ipoh pada 1935.

Buminya yang kaya telah menjadi rebutan pembesar dan kongsi-kongsi gelap ketika itu hingga mencetuskan "Perang Larut" yang membawa kepada huru-hara yang berpanjangan. Sungguhpun begitu kegiatan perlombongan ini telah berjaya menukar Tanah Melayu kepada ekonomi perdagangan,mewujudkan masyarakat berbilang kaum serta membangunkan system perhubungan di negara kita.

 Apakah yang telah terjadi kepada kawasan lombong yang pernah menjadi rebutan satu ketika dulu? Kini "pasir hitamnya" yang berharga itu telahpun habis disedut maka tinggalah pasir-pasir berwarna putih dan kolam-kolam air bertakung yang sejuk mata memandang. Sungguh pun begitu ia masih tetap menjadi rebutan ?

 

Zainal Badri Bin Abd Ghani ( Zainal Badri-61 @ yahoo.com),
SMK. KAMPUNG JAMBU, JALAN CONVENT,34000, TAIPING, PERAK