|
|
|
PENGENALAN

| |
Negara kita mempunyai ramai pejuang kemerdekaan. Mereka berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajahan demi masa depan anak watan. Di antara tokoh pejuang kemerdekaan yang hebat menentang pemerintahan British ialah Ahmad Boestaman. Beliau berasal dari Ulu Behrang, dekat dengan bandar Tanjung Malim. Beliu pernah ditahan dibawah pemerintahan British mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri.Beliau berjuang dalam pertubuhan-pertubuhan Melayu radikal seperti KMM, PKMM dan API. |
| |
Semua pertubuhan ini diharamkan oleh British selepas pengisytiharan Darurat pada tahun 1948, kesan daripada tindakan Parti Komunis Malaya melancarkan pemberontakan terhadap pemerntahan British di Tanah Melayu. Ketika inilah beliau ditangkap oleh British dengan alasan terlibat dengan gerakan komunis bagi menentang penjajahan British. |
| |
Namun, akibat daripada perjuangannya yang menentang arus dan keluar dari arus perdana – golongan kiri- menyebabkan jasa beliau tidak diangkat untuk diiktiraf sebagai tokoh pejuang bangsa. Itulah Ahmad Boestaman- nasionalis anak Behrang, walaupun beliau seorang nasionalis tulen namun jasa-jasanya kurang dikenali di tanah airnya sendiri disebabkan perjuangannya dalam kumpulan kiri. |
|
|