PENGENALAN

Kerajaan Beruas mula disebut pada abad ke-15 Masihi bila daerah itu ditakluk Melaka. Kerajaan Beruas ini merupakan sebuah kerajaan maritim. Perdagangan antarabangsa merupakan kegiatan penting dalam kerajaan ini disamping menjalankan aktiviti-aktiviti perikanan. Kerajaan ini mendapat pengaruh Islam. Ini terbukti dengan adanya peninggalan seperti nesan. Kesan peninggalan kerajaan ini boleh di dapati di Muzium Beruas dan kawasan sekitar Beruas.

Cerita-cerita mengenai kehebatan dan keagungan kerajaan Beruas sebagai sebuah kerajaan Melayu tertua di pesisiir pantai Negeri Perak telah lama kedengaran, Dikatakan jika seekor kucing hendak mengelilingi bumbung rumah-rumah di petempatan itu perjalanan itu akan mengambil masa selama tiga bulan. Namun begitu masih amat sedikit yang kita ketahui mengenai Beruas. Masih banyak lagi misteri yang menyelubungi kerajaan kuno itu yang masih belum dapat dibongkar.

 

Muzium Beruas