![]() |
![]() |
|||||||||
|
Dato' Maharaja Lela ialah Orang Besar Delapan Perak dan menjadi penghulu di Pasir Salak. Berikutan Perjanjian Pangkor, Perak menerima Residen British iaitu J.W.W. Birch pada bulan November 1874. Perlantikan itu telah menimbulkan konflik antara J.W.W.Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak. Dato' Maharaja Lela bersama Sultan Abdullah dan Raja Ismail telah bermesyuarat di Durian Sebatang dan mereka mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W.Birch. Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya iaitu Dato' Sagor , Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya. Mereka berazam untuk menghalau British keluar dari bumi Perak. Pembunuhan Birch telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak dan pertempuran itu dikenali sebagai Perang Perak. Akibat dari pembunuhan itu , Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Walaupun perjuangan mereka gagal , namun semangat dan keberanian beliau amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada pejuang seterusnya. Bagi pelajar SMK.Changkat Lada, Nama Dato' Maharaja Lela tidak asing lagi kerana beliau adalah tokoh lagenda di tempat tinggal mereka. Pembinaan Kompleks Sejarah Pasir Salak menunjukkan betapa perjuangan Dato' Maharaja Lela dikenang dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Selain dari itu nama sebuah sekolah di Kampong Gajah diberi nama SMK. Dato' Maharaja Lela, Dewan Orang Ramai Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak dan Jalan Dato' Maharaja Lela di Teluk Intan sempena memperingati jasa-jasa beliau. Dalam Misa Melayu (halaman 141) mencatatkan Dato' Maharaja Lela merupakan pembesar harapan Sultan. Dato' Maharaja Lela dicatatkan sebagai berikut: Seorang hulubalang Maharaja Lela Jika dipandang usul dan silap |
|||||||||
|