Laman Utama |Pengenalan | Butiran Projek | Hospital | Aktiviti | E-Album | Pautan
 
 
 

PENDAHULUAN

Sejarah Taiping bermula apabila Long Jaafar membuka lombong bijih timah di Larut. Bijih timah kali pertama dieksport dari Larut Pada tahun 1844. lombong pertama yang dibuka oleh Long Jaafar ialah di Klian Pauh iaitu setelah beliau mendapati air sungai beliau mandi menjadi hitam dan kawasan tersebut kini menjadi tapak penjara Taiping kini. Klian Pauh menjadi pusat perlombongan utama sehinggakan suatu hari seekor gajah (Larut) kepunyaan beliau lari ke hutan. Gajah tersebut hilang selama tiga hari. Semasa ditangkap semula, keseluruhan badannya diselaputi benda keras (bijih timah). Akhirnya, menemukan lagi sebuah tempat yang kaya dengan bijih timah iaitu Kelian Baru (Kamunting kini). Long Jaafar mengupah orang Cina untuk mengerjakan lombong di Larut.
Pada pertengahan kurun ke-19, orang Cina mulai menetap di Assam Kumbang, Kelian Pauh dan Kelian Baru. Selepas Long Jaafar meninggal dunia, anaknya Ngah Ibrahim mengambil alih. Beberapa pergaduhan tercetus khususnya antara Gee Hin dan Hai San iaitu Perang Larut Pertama (1861-1862), Perang Larut Kedua (1862) dan Perang Larut Ketiga (1871-1874). Apabila perang tercetus, British melantik Kapten Speedy menjadi ketua polis untuk mengamankan Taiping. Sebagai penyelesaian, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada Januari 1874. Kesannya, daerah ini akan menerima seorang Pegawai British atau Residen untuk menyusun kembali pentadbiran Larut.

Pihak British memberi nama baru Kelian Pauh iaitu Taiping yang bererti ‘Kedamaian Luhur'. Bersempena dengan tamatnya kekacauan di Larut, British mengiktiraf Taiping sebagai ibu negeri Perak kerana keadaannya yang aman (1875). Bandar Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 sebelum ianya dipindahkan ke Bandaraya Ipoh.
SMK Dato Kamruddin