|
PENGENALAN

Pada peringkat awal usaha melombong bijih timah kemudahan perubatan amat diperlukan oleh pelombong Cina. Secara tidak langsung telah didirikan rumah-rumah sakit bercorak klinik bagi kemudahan pelombong bijih. Namun kelengkapan peralatan dan perubatannya tidaklah begitu sempurna dan teratur ini menyebabkan pesakit semakin bertambah serta wabak penyakit semakin menular. Oleh itu menerusi pentadbiran Speedy pada 1874, beliau merancang untuk mendirikan sebuah hospital untuk kemudahan awam di Larut.
Sungguhpun terdapat beberapa hospital yng lain bagi menampung jumlah pesakit, tetapi hospital yang paling besar ialah Hospital Yang Wah yang dibiayai khas untuk kemudahan golongan penduduk miskin. Hospital ini mempunyai tempat untuk kira-kira 900 orang pesakit di bawah pengurusan tauke-tauke pelombong Cina dan ditadbir oleh Dr. Wright.
Sir Hugh Low tiba di Larut pada 24 April 1877, tidak lama kemudian telah dilantik menjadi Residen British di Perak. Ketika itu wabak demam campak dan penyakit beri-beri sedang menular di daerah Larut. Demikian juga di kawasan Tanjung Piandang, Kerian. Seorang pesakit dar Kampung Buaya terlantar di hospital. Keadaan di hospital Larut serba kekurangan dan amat menyedihkan berbanding dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat. Kenyataan ini diakui oleh Patrick Doyle, berhubung dengan masalah pelombong Cina yang menderita dengan penyakit beri-beri dan demam campak.Menjelang akhir 1880, hospital ini diserah kepada kerajaan Perak kerana masalah kewangan. Kemudian hospital ini dinaikkan tarafnya pada 1884 dan ia adalah pertama dibina di negara ini.

|