Kesan daripada perkembangan ekonomi perlombongan di Perak, maka muncullah bandar- bandar baru seperti Ipoh, Taiping dan Kamunting.Hal ini berlaku kerana kawasan perlombongan tersebut ditempati oleh pelombong-pelombong yang kebanyakannya berbangsa Cina. Mereka yang menetap di kawasan-kawasan lombong ini turut menjalankan aktiviti perdagangan sehingga munculnya kedai-kedai kecil. Pihak British juga telah melengkapkan kawasan ini dengan pelbagai kemudahan seperti jalan kereta api, jalan raya, sekolah dan sebagainya .
Lama-kelamaan, walaupun lombong-lombong yang ada sudah ditutup tetapi kawasan tersebut tumbuh menjadi bandar utama kerana terdapat banyak penduduk yang terus menetap di situ. Begitu juga dengan bandar Kamunting yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan bijih timah, tetapi sekarang sudah ditempati banyak penduduk dan disediakan dengan pelbagai prasarana untuk kemudahan semua.