Kerajaan Maritim
Kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Di negara kita, penempatan awal berkembang menjadi pelabuhan awal. Seterusnya pelabuhan awal berkembang menjadi kerajaan maritim. Antara pelabuhan awal yang berkembang menjadi kerajaan maritim yang terkenal ialah kerajaan Gangga Negara dan diwarisi oleh kerajaan Beruas. |
Kewujudan Kerajaan
Beruas
Kerajaan Beruas dipercayai telah wujud sejak abad 15 Masihi. Kegemilangan kerajaan Beruas ini pernah dicatatkan oleh sejarawan Tome Peres dalam bukunya “Suma Oriental”. Diyakini bahawa kerajaan ini berlangsung sehingga pertengahan abad ke-16. |