![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengenalan Kerajaan awal di Asia Tenggara terbahagi kepada dua iaitu kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Di negara kita, penempatan awal berkembang menjadi pelabuhan awal. Seterusnya pelabuhan awal berkembang menjadi kerajaan maritim. Antara pelabuhan awal yang berkembang menjadi kerajaan maritim yang terkenal ialah kerajaan Gangga Negara dan diwarisi oleh kerajaan Beruas. Kerajaan Beruas dipercayai telah wujud sejak abad 15 Masihi. Kegemilangan kerajaan Beruas ini pernah dicatatkan oleh sejarawan Tome Peres dalam bukunya “Suma Oriental”. Diyakini bahawa kerajaan ini berlangsung sehingga pertengahan abad ke-16. Perdagangan yang menjadi nadi kepada kerajaan Beruas adalah ekoran kebijaksanaan pihak istana dalam mentadbir dan memerintah dengan cekap. Kerajaan Beruas telah berkembang maju sehingga kapal-kapal dagang dari timur dan barat mengujunginya. Pelabuhan Beruas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Perdagangan berjalan lancar dengan penggunaan sistem mata wang yang betul. Kehadiran pedagang asing dengan bebas menjadikan perdagangan di pelabuhan Beruas ala perdagangan antarabangsa. Buktinya ialah penemuan barangan tembikar China dan Barat. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ©smk privacy policy site map |