Padi merupakan tanaman yang utama di negara-negara Asia.padi telah ditanam sejak dahulu lagi. Adakah sukar untuk memastikan asal-usul padi. Namun ada yang berpendapat padi telah mula ditanam di empat kawasan utama di pinggir sungai Ravi, di Kashmir.
Padi mula di perkenalkan oleh puak Deutro-Malaya di Kepulauan Melayu sejak tahun 1599 sebelum masihi yang berhijrah ke rantau ini. Pada masa yang itu kepulauan Melayu didiami oleh Proto-Melayu. Sejak itu kedua-dua puak ini menjadikan padi dan seterusnya beras makanan harian mereka.
Kemudian penanaman padi terus berkembang hingga keseluruh dunia. Selain negara-negara Asia, Australia, Amerika, Argentina dan negara-negara Asia yang lain.
Di Asia Tenggara, Thailand, Indonesia, dan Burma adalah negara pengeluar padi yang utama. Negara-negara tersebut juga mengimport beras ke Malaysia.
BAHAGIAN DAN BENTUK TANAMAN
Padi atau nama saintifiknya Oriza Styra adalah satu keluarga rumput dan gandum. Batang padi panjang sehingga 180 cm, lurus, kecil, bulat dan berlubang di tengah-tengah. Saiz batang padi ialah lebih kurang 15 mm. Warna batang padi ialah padi, hijau dan kuning. Warna ini berbeza-beza-beza mengikut peringkat umur padi. Semasa muda warna batang padi hijau dan putih dan semasa tua berwarna kuning dan putih.
Akar pokok padi berbentuk rerambut. Akar jenis ini tidak panjang tetapi banyak dan halus seperti akar pokok tebu atau rumput. Akar ini tumbuh serumpun di pangkal batang padi. Akar padi halus lagi pendek dan senang dicabut.
Daun padi serupa dengan daun lalang dan daun tebu. Pokok padi terdiri daripada pangkal yang menutupi batang sementara daun panjang, halus, tajam dan hujungnya melempai. Warna daun padi hijau semasa muda dan bertukar hijau kekuningan apabila padi masak.
Daun padi tumbuh di sekeliling batang padi. Apabila daun-daun yang di atas tumbuh, daun-daun yang di bawah dakan kering dan terus gugur. Bahagian tepi daun padi tajam serta berduri dan menyebabkan daun itu miang. Panjang daun padi lebih kurang 30 hingga 60 cm. Urat daun padi memanjang serupa dengan daun tebu dan lalang.
Bunga padi berbentuk rimbun seperti bunga lalang. Bunga padi tumbuh dalam bentuk jurai yang panjang. Jurai ini dipanggil tangkai. Pada satu tangkai terdapat beberapa bunga padi.
Jurai ini dipanggil tangkai. Pada satu tangkai terdapat beberapa bunga padi. Satu rumpun padi terdapat lima tangkai bunga. Bunga padi ini akan menghasilkan padi. Bunga padi tidak berisi sebelum menjadi buah dan berwarna kuning bercampur putih.
Buah padi terjadi daripada proses pendebungaan secara sendiri. Apabila proses pendebungaan berlaku, isi padi terhasil. Isi padi pada peringkat awal terdiri daripada santan padi. Waktu ini padi lembut dan santan boleh dipicit keluar. Warna padi ketika ini ialah hijau muda. Kemudiannya, isi padi beransur-ansur menjadi keras dan menjadi paling keras apabila masak.
JENIS-JENIS PADI
Padi merupakan satu daripada spesies tumbuhan liar. Padi yang ditanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Padi yang ditanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Padi Sawah;
Padi sawah atau padi bendang adalah padi yang paling banyak ditanam di negara ini. Padi ini ditanam disebabkan beras adalah makan ruji masyarakat Malaysia. Oleh itu kerajaan amat menggalakkan penanaman padi sawah.
Lebih 30% penanaman padi di negara ini adalah berasaskan padi sawah. Hanya beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak yang menanam padi huma untuk kegunaan harian mereka.
Bagi menanam padi sawah adalah lebih sukar. Ini disebabkan padi ini memerlukan kawasan yang berair. Kawasan yang mampu menakung air diperlukan untuk tumbesaran padi sawah.
Lazimnya penanaman padi di Malaysia lebih tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di abahgian utara. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat kawasan berpaya yang datar dan mengalami satu musim lelbab yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini ditambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.
Padi sawah tidak boleh hidup di kawasan yang kering. Ada kawasan yang dahulunya ditanam dengan padi dan terpaksa ditanam dengan tanaman lain disebabkan kawasan tersebut menjadi kering. Bagi memastikan kawasan padi terus dapat dikekalkan, sistem perparitan yang terancang adalah penting kerana mampu menyalurkan air ke petak sawah padi.
Padi sawah mempunyai beberapa jenis. Padi sawah boleh dibahagikan mengikut jenis asalnya dan juga umur padi dituai. Antaranya ialah padi Rendah, padi Tiga Bulan, padi Tahun, padi Malinja, padi Ria, padi Malaysia Satu, dan padi Malaysia dua. Padi juga boleh dibahagikan mengikut rasa dan kandungan iaitu padi nacin dan padi pulut.
Padi nacin ialah padi yang menghasilkan beras. Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan utama yang dihidangkan apabila tiba waktu makan.
ii. Padi Huma;
Padi huma ialah padi yang kurang menggunakan air, baja dan ditanam di lereng bukit. Padi ini dipanggil padi bukit dan diusahakan oleh penduduk yang tinggal di pedalaman seperti Orang Asli.
Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma ditanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta benih yang kurang baik. Padi juga tidak dijaga dengan baik dan selalu dirosakkan oleh serangga.
Padi jenis ini banyak ditanam di Sabah dan Sarawak. Terutamanya masyarakat Iban dan Murut. Di Semenanjung Malaysia pula, padi huma banyak ditanam oleh masyarakat Orang Asli untuk sara diri.