Laman Utama Pengenalan Butiran Projek Padi Aktiviti E-Album Pautan

 

 

Lesung kaki

Di kilang padi

Tali air

 

PENGENALAN        

Padi merupakan tanaman utama di negara-negara Asia dan telah ditanam sejak zaman-berzaman. Padi telah diperkenalkan oleh puak Deutro-Malays ke Malaysia pada tahun 1599 sebelum Masihi ketika mereka berhijrah ke rantau ini dari Yunan. Ketika itu kepulauan Melayu didiami oleh puak Proto-Malays.

                Di Asia Tenggara terdapat negara-negara jiran yang mengeluarkan padi termasuk Indonesia, Thailand, Burma, dan Filipina. Indonesia, Thailand, dan Burma mempunyai kawasan penanaman padi yang luas dan sekaligus mengeluarkan hasil yang banyak. Penanaman padi turut tersebar ke benua-benua Eropah seper Australia, Argentina, Amerika Syarikat, Itali dan beberapa negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) yang lain. Negara-negara Barat ini turut menjadi pengeluar dan pengeksport padi walaupun nasi bukan makanan utama penduduk di negara-negara ini.

                Padi adalah tanaman utama di Malaysia. Hasil padi iaitu beras merupakan makanan asasi penduduk negara ini. Padi ditanam di kawasan tanah pamah dan kawasan rendah yang mempunyai bekalan air yang banyak. Padi ditanam di semua kawasan negeri di Malaysia walaupun keluasan berbeza-beza. Ini adalah disebabkan keadaan muka bumi yang sesuai untuk tanaman padi tidak sama taburannya.

                Padi banyak ditanam di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Kedah adalah negeri yang mempunyai kawasan penanaman padi yang paling luas di Malaysia sehingga dikenali sebagai negeri Jelapang Padi Malaysia. Di kawasan ini kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti terusan yang baik, penyediaan benih bermutu tinggi, pemberian baja berkredit dan pembelian padi bersubsidi. Semua ini adalah sebagai usaha penggalak agar pesawah terus mengerjakan sawah mereka. Ini penting untuk memastikan pengeluaran padi secara berterusan dalam jumlah yang banyak.

                Sungguhpun keluasan tanaman padi kurang memberangsangkan, namun masih penting untuk memastikan bekalan beras tetap terjamin. Malaysia masih tidak mampu memenuhi keperluan rakyat dengan tanaman padi dan bergantung kepada negara jiran.

                Bagi memantau keadaan ini, kerajaan telah melakukan penyelidikan dengan menghasilkan klon padi yang baik dan bermutu tinggi sejajar padi negara Thailand. Oleh itu keluasan yang kian mengecil mampu diimbangi dengan pengeluaran yang banyak hasil daripada penggunaan klon yang baik.

                Padi bukan sahaja mampu menghasilkan beras, tetapi mampu menghasilkan barangan lain seperti pulut, tepung beras dan tepung pulut, bijirin, emping, dan sebagainya. Bahagian padi seperti sekam atau batang padi juga boleh menghasilkan baja dan makanan tambahan untuk ternakan. Para pesawah dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka dan tidak hanya bergantung pada hasil padi semata-mata.

                Namun begitu semua ini tidak menjadi masalah memandangkan kerajaan terus menggiatkan tanaman padi. Hanya dengan peranan kerajaan dan kesungguhan pesawah dapat memastikan pengeluaran padi negara terus berada dalam keadaan stabil.

 

WAN YUNUS WAN ISA - Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan