OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

PMR

TARIKH
October 5, 2010, 12:00 pm
66 HARI LAGI

SPM

TARIKH
November 22, 2010, 12:00 pm
114 HARI LAGI

STPM

TARIKH
November 22, 2010, 12:00 pm
114 HARI LAGI

Daftar Masuk






Lupa Kata Laluan?
Tiada Akaun? Daftar

Siapa di talian

WAKTU SOLAT

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
You are here: Latar Belakang

Dari Meja PK Sejarah JPN

Selamat menjalankan tugas kepada semua guru sejarah

MAKLUMAT TERKINI

Soalan Sejarah Bestari A 2009, sudah di upload. Sila ke pautan koleksi soalan STPM
 
Soalan dan skema perbengkelan bagi kem sejarah STPM 2009 sudah siap dibina. Sila klik pada pautan koleksi soalan STPM
 
Inginkan analisis soalan Sejarah  SPM 2005-2008??? Sila klik pautan Sukatan/HSP . Harap dapat membantu dalam P&P nanti.
 
Rancangan Pelajaran Tahunan bagi Tingkatan 1 hingga 6 sudah berjaya disiapkan. sila muat turun dari pautan Sukatan/HSP . Sukatan Pelajaran bagi tingkatan 6 juga telah disediakan untuk anda.
 
Koleksi Soalan Gemilang SPM 2009 sudah di upload ke bahagian koleksi soalan SPM. anda boleh muat turun soalan-soalan tersebut.  Tingkatan 4, bab 1 hingga bab 10 telah siap. Manakala bagi  tingkatan 5 hanya bab 1 hingga bab 6 sahaja yang siap. Terus ke koleksi soalan SPM
 
Kerja Kursus PDF Print E-mail
Written by Muhammad Faizal bin Abd Aziz   
Friday, 17 April 2009

Panduan Melaksanakan Kerja Kursus 2009

Arahan Kepada Calon: 1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah. 2. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia. 3. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen 4. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah. 5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu. 6. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3. 7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. 8. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang   daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. 9. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0. 10. Hasil kerja kursus hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.11. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan. 11. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. 12. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. 

 

ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

E 1.0 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.

E 2.0 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.

E 3.0 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif 
 

Format / Jadual Pelaksanaan   

 Elemen 1 - (Mac-April) – pengumpulan fakta         Elemen 2 - (April-Mei) - pembinaan folio          Pemantauan LPM – E1 dan E2 (April) kali pertama      Elemen 3 - (Mei-Jun)  - menulis esei           Pemantauan LPM –  E3  (Mei@Jun) kali kedua          Penggredan (Jun) 

Penghargaan (contoh)          

Saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah dapat menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini dengan sempurna dan lancar.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Murad b. Ali dan Pn. Rahimah bt. Selamat yang banyak memberi dorongan dan bantuan daripada segi idea, maklumat, kewangan dan sokongan moral dalam usaha menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada En. Muhammad Faizal Bin Abdul Aziz , iaitu guru mata pelajaran Sejarah SMK Gerik yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan kerja kursus ini.Ucapan terima kasih juga dikhususkan kepada para rakan iaitu Nur 'Ain Sofiyya dan Aisyah yang turut membantu berkongsi bahan internet dan meminjamkan buku ilmuan serta majalah kepada saya.Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.           Kpd 3 pihak – ibubapa, guru, rakan 

Objektif kajian 

 Objektif kerja kursus sejarah ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul.    Objektif seterusnya adalah dapat mengetahui  secara mendalam tentang bangunan bersejarah dari segi latar belakang, tujuan pembinaan, bahan-bahan yang digunakan serta cara pembinaan bangunan tersebut dibina.Objektif selanjutnya adalah untuk menanam semangat patriotik bagi menghargai  warisan tradisi budaya bangsa yang masih terpelihara. ·          Menghuraikan 3 Objektif   

Kaedah kajian      

Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web yang saya layari termasuklah http:/www.malaysiana.pnm.my. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.Saya juga membuat penyelidikan di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh. Saya merujuk beberapa sumber seperti buku berjudul “ Bangunan-bangunan bersejarah di Negeri Perak” dan majalah “Warisan”. Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan.Selain dari itu saya telah melawat bangunan tersebut untuk lebih mengenali dan melihat dengan mata sendiri keunikkan bahan binaan yang digunakan serta dapat mengaitkan pengaruh penjajah masa itu di negara kita.Menghuraikan 3 kaedah.  

HASIL KAJIAN 

1. Nama bangunan;    Nama lain sekiranya ada 2. Latar belakang;    -  Asal-usul    - Pengasas (sekiranya ada)    - tarikh pembinaan    - lokasi    - kos pembinaan    - tujuan pembinaan    - perasmian 3. Keistimewaan bangunan    - reka bentuk pelan    - bahan binaan    - pengubahsuaian    - hiasan dalaman    - kegunaan dahulu dan sekarang    - cara pembinaan

 Rumusan (contoh)

 Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang bangunan bersejarah dalam negara kita.Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu menghargai bangunan bersejarah di negera kita.Melalui kajian sejarah ini, kita dapat mengujudkan perpaduan kaum dan dapat mempupuk keharmonian di kalangan rakyat. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati.Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.Melalui kajian ini, semangat patriotik berjaya ditanam. Kewujudan bangunan bersejarah perlulah dipertahankan kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai warganegara Malaysia.  ·          3 unsur patriotisme berkaitan tajuk/ iktibar   

Elemen 3 – Tugasan 2 

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.   Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? 

Susunan Kerja Kursus  

Kulit buku spt yg dibekalkan oleh LPM (format) 

1.       Elemen 1: Bahan-bahan drp org sumber, jurnal, buku, internet, dsbnya (fotostat) 

2.       Elemen 2 (a)     Tajuk.  (b)   Senarai kandungan. (c)  Penghargaan. (d)  Objektif Kajian. (e)  Kaedah kajian.  (f )   Laporan Kajian. (g)    Rumusan. (h)     Lampiran. (i)   Rujukan 

3.       Elemen 3a.       Esei – 150 patah perkataan

 

Last Updated ( Friday, 15 May 2009 )
 

Galeri Team Sejarah

  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator
  • JoomlaWorks AJAX Header Rotator

Kalendar

« < July 2010 > »
S M T W T F S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
« < August 2010 > »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

READY TO DOWNLOAD

PMR
Tingkatan 1  - Bab 1 hingga Bab 11
Tingkatan 2  - Bab 1 hingga Bab 8
Tingkatan 3 -  Bab 1 hingga Bab 7
PMR - Set 1, Set 2, Set 3
Kem Sejarah
Tingkatan 4 - Bab 1 hingga Bab 10
Tingkatan 5 - Bab 1 hingga 5
SPM
Tingkatan 4 - Bab 1 hingga Bab 10
Tingkatan 5 - Bab 1 hingga Bab 6
STPM
Trial Sejarah 1 - 2006 hingga 2008
Trial Sejarah 2 - 2006 hingga 2007
Soalan dan Skema Kem Sejarah 2009
Soalan dan Skema Bestari A 2009

TAHUKAH ANDA?

Bagunan Stesen Keretapi KL

Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1914 dan siap pada bulan November 1917. Perbelanjaan membina bangunan ini sebanyak RM 780,422.00. Authur Benison Hubbock arkitek bangunan ini telah menggabungkan keagungan seni bina Mogul Islam iaitu “Moorish”, “Gothic” dan Yunani dalam reka bentuknya. Di tingkat bawah bangunan terdapat 97 buah gerbang. Beranda-beranda yang lebar dan lapang dibina untuk menimbulkan suasana redup. Terdapat juga 94 buah tingkap gerbang “Ghotic”. Terdapat lima buah kubah dengan tiang-tiang tegak. Bangunan ini telah mengalami dua kali kerosakan. Semasa Perang Dunia Kedua, bahagian utara stesen ini terkena bom,  pada 14 November 1968, bahagian yang sama juga di tingkat kedua telah musnah dalam kebakaran besar.