|
RASIONAL & OBJEKTIF PROJEK

Rasional :
- Memenuhi keperluan sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2.
Ting 1 : Memenuhi sukatan pelajaran Tingkatan 1 (Bab 10 : Sabah)
Ting 2 : Kekayaan Ekonomi Sabah menarik minat Syarikat Borneo Utara British
- Mempunyai unsur KBKK untuk menyelesaikan masalah
- Menggunakan ICT untuk menyebarkan maklumat
Objektif :
- Menyenaraikan jenis kegiatan ekonomi di Sabah
- Menghubungkaitkan kawasan penempatan kumpulan etnik di Sabah dengan cara hidup, dan kegiatan ekonominya.
- Menjelaskan kegiatan mengumpul sarang burung di gua Sabah dan Sarawak dan membanding bezakan dengan kegiatan mengumpul sarang burung di “bangunan/rumah burung” buatan manusia.
- Menghubungkaitkan ekonomi tradisional dengan kegiatan ekonomi Negara pada hari ini terutama di kawasan tempat tinggal pelajar.
- Untuk pengukuhan dan pengkayaan dalam P & P
- Meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT
- Menggalakkan komunikasi dan interaksi di kalangan guru-murid di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
|
|