|
RANCANGAN PENGAJARAN & PEMBELARAN SEJARAH
Tingkatan Satu
Bab : Sosio-budaya Masyarakat Melayu
Tajuk : Kesenian Rakyat
Sub-Tajuk : Seni Silat
Masa : 40 minit
BBM : LCD, laptop, komputer, kertas mahjong
Hasil Pembelajaran
Aras 1- Pelajar menyatakan sekurang-kurangnya 10 jenis silat Melayu yang diketahui secara beramai-ramai
Aras 2- Pelajar menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 aspek keindahan dalam seni silat secara bertulis dalm buku latihan
Aras 3 – Secara berkumpulan, pelajar membincangkan kewajaran seni dalam persilatan terus dihidupkan atau dilupuskan
Unsur Patriotisme
Menghargai warisan budaya bangsa
Aktiviti
Set Induksi
Guru menggayakan tangan, lenggok badan dan rentak kaki bersilat dan meminta para pelajar meneka lagak guru.
Langkah 1
Pelajar secara beramai-ramai menyatakan jenis-jenis silat Melayu yang mereka ketahui
Langkah 2
Para pelajar diminta melayari laman web Warisan Seni Silat. Dalam masa yang sama guru dan pelajar akan bersoal jawab.
Langkah 3
Pelajar dimita menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 aspek keindahan dalam seni silat , ditulis dalam buku nota.
Langkah 4
Pelajar duduk dalam kumpulan. Bincangkan sama ada seni dalam silat patut dikekalkan atau tidak. Catatkan hasil perbincangan dalam kertas mahjong.
Langkah 5
Wakil kumpulan membentangkan tugasan. Guru dan pelajar memberi komen.
Penutup
Pelajar diminat meniru gerak tangan guru yang menggayakan beberapa tari tangan dalam silat. Akhirnya semua bertepuk tangan.
|