Laman Utama Pengenalan Butiran Projek Seni Silat Aktiviti E-Album Pautan

PENGENALAN

Majoriti orang ramai lebih nampak nilai beladiri dan pertempuran sahaja apabila memperkatakan tentang silat. Namun mereka gagal mengesan aspek-aspek lain seperti disiplin diri, kesihatan, kesenian, keindahan dan keunikannya. Projek ini sedikit-sebanyak akan dapat menonjolkan aspek-aspek tersebut.

Laman ini diharap dapat memperkayakan lagi pengetahuan kita tentang sosiobudaya masyarakat Melayu lama terutamanya dari aspek kesenian, keindahan dan keunikan dalam seni silat.

Dedaun hijau tumbuh melata,
Putih dan kuning cantik bunganya,
Seni silat warisan kita,
Bersamalah kita menghargainya.

 
SOFFIAN HALIM - Sekolah Menengah Kebangsaan Tat Beng, Sungai Nyior, 34800 Trong, Perak Darul Ridzuan