|
PENDAHULUAN
Bandar Taiping terletak 80 km dari Bandar Raya Ipoh dan 88 km dari Butterworth,Pulau Pinang.Daerah Larut Matang dan Selama bersempadan dengan Daerah Kerian di utara,Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Manjung di selatan,Daerah Hulu Perak di timur,Selat Melaka di barat dan Negeri Kedah di utara.Daerah ini mempunyai keluasan 151,104.03 hektar(170 Kilometer Persegi).Penduduk keseluruhannya berjumlah 300 000 orang dan ke atas.
Daerah larut Matang dan Selama mempunyai Mukim Batu Kurau, Mukim Kamunting, Mukim Tupai, Mukim Pengkalan Aur, Mukim Bukit Gantang, Mukim Assam Kumbang, Mukim Matang, Mukim Sungai Tinggi, Mukim Jebong, Mukim Trong, Mukim Hulu Selama, Mukim Hulu Ijok dan Mukim Ijok. Manakala bandar-bandar dan pekan-pekan lain adalah Bandar Taiping, Pekan Simpang, Pekan Sungai Tinggi, Pekan Changkat Jering, Pekan Batu Kurau, Bandar Kamunting dan Pekan Batu Kurau.
Daerah ini ditadbir dan diuruskan oleh dua pihak berkuasa iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang dan Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.
|